Syarat perkhidmatan dan tempahan
Sila baca terma berikut sebelum membuat tempahan pakej umrah atau pelancongan bersama kami.
Tempahan & pengesahan
Tempahan hanya disahkan setelah borang pendaftaran dilengkapkan dan deposit diterima. Tempat adalah tertakluk kepada ketersediaan pada tarikh berkenaan.
Bayaran
Jadual bayaran akan dimaklumkan semasa pendaftaran. Baki bayaran penuh perlu diselesaikan sebelum tarikh yang ditetapkan bagi membolehkan pengeluaran tiket dan visa.
Pembatalan & pindaan
Sebarang pembatalan atau pindaan tarikh tertakluk kepada polisi syarikat penerbangan, hotel dan penyedia visa. Caj pembatalan mungkin dikenakan mengikut kos sebenar yang telah ditanggung.
Dokumen perjalanan
Peserta bertanggungjawab memastikan pasport sah sekurang-kurangnya enam bulan, serta menyediakan dokumen sokongan dan suntikan yang diperlukan oleh pihak berkuasa.
Harga & inklusif pakej
Harga yang dipaparkan adalah bagi setiap peserta dan tertakluk kepada perubahan kadar tukaran mata wang, cukai serta caj penerbangan. Item yang tidak dinyatakan sebagai termasuk dalam pakej adalah atas tanggungan peserta.
Perubahan itinerari
Itinerari boleh berubah atas faktor di luar kawalan kami seperti cuaca, arahan pihak berkuasa Arab Saudi atau perubahan jadual penerbangan. Kami akan berusaha menyediakan gantian yang setara.
Tanggungjawab peserta
Peserta dikehendaki mematuhi jadual, arahan mutawwif dan undang-undang tempatan sepanjang perjalanan bagi memastikan kelancaran ibadah dan keselamatan rombongan.
Untuk penjelasan lanjut, hubungi kami di 03 - 8210 7220.

